Tanggal 1999, aku telah di serang oleh satu kejutan. aku tak akan lupa pasal ni, kerana dia telah berjaya menakluki seluruh keluarga dan kawan rapat ku masa itu. aku pulak hampir-hampir la terjebak, walaupon aku mengaku yang aku masa tu ada la sedikit minat. tapi x 100% tau. bagi aku, benda ni normal. sekali dia melanda mcm virus habis semua orang berjangkit. aku? hahaha tidak dapat tepis la walaupun ada yang dapat masuk ke dalam jiwa suci ku ini waktu itu. tetapi... hahahaha dalam kental-kental jiwa ku ini ada satu ni yang telah membuat kan aku tertarik hingga la sekarang, malah masa tulis ni aku masih melayan nya hahahaha.
Dil To Pagal Hai - Le Gayi (aku suke ni)
ha3 dah ku paparkan apakah ia kan? korang pernah ke terkena kejutan ini? lagi2 masa zaman sekolah. masa ini heboh! semua gilakannya. ada yang tiru gayanya, melayan lagunya (termasuk aku, tp x tegar k), fesyennya, malah drama2 tv dan filem melayu pon habis terikot sekali. aku masih ingat masa ni akak aku gile tol melayan benda ni, kalo pergi bertandang ke rumah dia dgn menaiki motor yamaha aotulube aku tuu. kompom kena layan benda ni hahahaha. nak tgok cerita lain pon susah. masa tu umah aku mana ada vcd player. dulu2 guna radio je, alah radio yang ada vc player tu bunyi jangan kata la dentam dentum. tapi rumah aku tak ada radio ni. radio kaset adala. kali terakhir bapak aku beli masa aku tadika. hahaha lama gile beb, sampai sekarang ada lagi radio tu. dah jadi khazanah dalam rumah mak bapak aku.
kalau nak cerita pasal zaman vcd player ni memang syok. dulu bapak aku antara orang pertama yang beli/ada vcr atau video tape. hahaha ingat lagi x?
ala yang guna tape tuu hahaha, dulu masa cite sembilu tengah top perghh.. satu blog datang umah aku nak tgok ni, penuh ruang tamu rumah aku sembilu punye penangan. huhuhu tp sejak keluar vcd player ni, huuh aku lak g umah orang tengok hahaha, bapak aku saje x nak beli benda tuu.
berbalik kepada cerita tadikan, boleh dikatakan pengaruh benda ni amat kuat, bukan di Malaysia je malah kat Indonesia pon ada. xcaya korang g search kat youtube pasal polis nyanyi lagu caiya caiya. hahaha populer terus polis tu. haha tapi bagi aku suke lagi aku tgok cerita tamil dari cerita ni, cerita tamil kurang adegan sedih nya dari cite ni manjang nak nangis je. kalo cerita tamil best asyik bertumbuk je kerjanya. x kire la kat mana, pasar, rumah, tengah padang ke, malah dalam keretapi pon jadi tauu. hebat x hebat la. kalo adegan lari2 turun bukit dan guling2 kat tepi bukit tu kurang la.
Walau apa pun, benda ni tetap jd kenangan kan. hahaha korang pon mesti ada punye lah kan. ok la sudah pagi mate dah rasanak tutup da, dia pon da lolap agaknye ping2 tak menyaut pon hahaha. apa-apa sebelom tdo kita berDOTA dulu!!!
p/s aku kaki DOTA tegar!!

minggu lepas aku tengok kuch kuch hota haii,
ReplyDeleteohoo kuci kuci la ni hahahahaha
Delete