Tuesday, 28 February 2012

Seni Dalam Pendidikan.

Lukisan.




Bisakah aku bertanya pada mu
Dari mana datang sayang ini
Dari redup matamu
Atau bisikan mesra

Adakah kerna sentuhan listrikmu
Membuat ku terus berjanji
Hati ini hanya untukmu saja

Sentuhanmu bukan datang dari
Dunia materi
Terasa ini pernah mengusikku
Bagai de javu

Ku rindu sentuhanmu
Ku damba sentuhanmu
Tiada lain yang ku inginkan
Hanyalah
Hanya senyumanmu


 




p/s realiti atau fantasi

Sunday, 26 February 2012

Nasib kita tak sama.

Pernah aku terbaca dalam buku, ada juga yang berkata macam ini. Ayatnya berbunyi lebih kurang macam ini. hidup umpama roda, kadang-kadang kita di atas adakalanya kita di bawah. Bila berada di bawah itu yang susah.

Pagi tadi, aku dapat berita, salah seorang kawan aku masa sama-sama pergi peperiksaan M-TEST dan aku tak lupa dia tolong aku masa aku kemalangan tahun lepas. Dia tolong hantar surat aku dan ambilkan surat aku masa itu. Malam tu dia jempot aku dari hospital. Aku tak akan lupa jasa dia beb. Pagi tadi aku dapat 'sms' yang mengatakan dia dah kembali ke ramatullah. Meninggal dalam tidur di hari lahirnya yang ke 27. Aku tak dapat datang ziarah dia, kalau dulu dia tolong aku, tapi aku nak ziarah pon tak dapat. Selamat tinggal kawan, moga engkau bahagia di sana.

Macam itu la hidup. Kita tak dapat menyangka apakah nasib kita. Bila? Bagaimana? Kita tak akan tahu. Tula, kadang-kadang kita ni lalai jugak. Aku sendiri lalai.


p/s cuba memujuk diri memaafkan seseorang. aku salah ke dia salah?

Wednesday, 22 February 2012

Tak perlu bersusah payah untuk orang lain.

Kenapa perlu bersusah payah demi orang lain aku tanye kau? kesian? simpati? ke konon nak tolong atau nak pikat? najis lembu la... kenapa perlu jadi orang lain demi orang lain? kenapa perlu rasa seperti penyelamat kepada orang lain? adakah kita ni insan terpilih untuk menjadi pembetol kepada seseorang atau orang lain dan kenapa perlu terlalu cepat rasa simpati dan kesian kepada orang lain? najis kerbau la.. dan kenapa orang lain akan rasa hebat bila tgok kita kecundang atau silap dimata mereka? bagus sangat ke kau? hebat? kau xpernah buat salah ke apa? ke kau terlalu suci? air kumbahan betol!! kenapa kau ke aku ke x mahu terima kesalahan yang kita buat sendiri atas sebab kelalaian, cuai, lemah, atau kau dan aku memang x pandai? hina sangat ke kita ni bila buat salah, dan jika salahnya itu tidak disengajakan, atau sebab-sebab terjadi tanpa kerelaan diri? siapa kita nak menghukum? adakah kita ini sentiasa betol? tak pernah buat salah sikit pon, rasa kita ni hebat wal hal masa susah org yang lemah kita cari!! bila dah senang nak tegur pon susah. walaupon dunia dah maju tapi lebih maju tahap kesombongannya itu, tinggi melangit!! kita jangan la sesekali lupa, kita ni perlukan bantuan orang lain untuk berjaya, xdapat derrr nak buat soarang-sorang lagi kalau sedang ditimpa masalah. siapa yang kau carik? siapa yang ko harapkan? dan siapa yang kau perlukan diasaat itu? dia lah, seorang kawan yang tarafnya hina diamata kau saat kau dalam keadaan gembira dan senang!! adakah kau ingat lagi apa yang dia pernah bantu atau tolong kau satu ketika dahulu. ini buakan nak dikatakan sebagai mengungkit, tapi kau faham-faham la. kita hidup, kita berkawan dan kita berinteraksi dengan orang sekeliling. semua ada hati dan perasaan. semua mesti perlukan pertolongan. apa salahnnya kalau kita hargai apa yang telah di bantu oleh kawan ini? atau di pandangan mata kau yang kawan ini adalah org yang hina ketika kamu senang?

                                                   tiba-tiba aku rasa menyampah!!

ramai orang kata, dunia ni umpama roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. bila di atas tu sangat-sangat seronok x ingat apa pon yang di bawah, macam kita naik lif d Menara Kuala Lumpur, masa kita naik tuu perghhh!!! best seronok beriya-iya. tp bila dah sampai atas ada kita ingat yg di bawah, kita cuma tengok org2 yang di bawah hanya menggunakan teropong je kan. kecik je kita tgok orang bila kita berada di atas kan? betol x? sama la mcm dalam hidup ni, bila sudah senang hidup dah berpangkat besar, xkan di padang orang biasa ini. kerdil, kecik dan tiada apa kesan pon jika golongan ini tiada. tapi kau sudah lupe kan. hahaha, apa yang aku nak cakap di sini, macam mana pon bantuan orang itu atau sekecil mana pon sumbangan seseorang itu tolong la hargai. kesilapan itu berlaku di mana-mana sahaja. semua orang buat silap, ada silap yang boleh di maafkan dan ada yang tidak. terpulang, kau siapa pulak nak pertikaian dia perlu maafkan atau tidak!! dan yang paling hairan kenapa kita perlu berubah demi orang lain, jadilah diri kita sendiri. perbaiki diri jika ada kekurangan. tapitak perlulah rasa menyesal kan, anggap la ia satu amal yang kita pernah buat, ingat ke hargai ke tu terpulang kan. tp pesanan keras, 1 je orang sabar sentiasa akan menang!! 

p/s  JANGAN MASA SUSAH BARU NAK CARIK KAWAN, JANGAN JD BANGSAT!!!

Monday, 20 February 2012

Dustan!!

Tanggal 1999, aku telah di serang oleh satu kejutan. aku tak akan lupa pasal ni, kerana dia telah berjaya menakluki seluruh keluarga dan kawan rapat ku masa itu. aku pulak hampir-hampir la terjebak, walaupon aku mengaku yang aku masa tu ada la sedikit minat. tapi x 100% tau. bagi aku, benda ni normal. sekali dia melanda mcm virus habis semua orang berjangkit. aku? hahaha tidak dapat tepis la walaupun ada yang dapat masuk ke dalam jiwa suci ku ini waktu itu. tetapi... hahahaha dalam kental-kental jiwa ku ini ada satu ni yang telah membuat kan aku tertarik hingga la sekarang, malah masa tulis  ni aku masih melayan nya hahahaha.

                                            Dil To Pagal Hai - Le Gayi (aku suke ni)

ha3 dah ku paparkan apakah ia kan? korang pernah ke terkena kejutan ini? lagi2 masa zaman sekolah. masa ini heboh! semua gilakannya. ada yang tiru gayanya, melayan lagunya (termasuk aku, tp x tegar k), fesyennya, malah drama2 tv dan filem melayu pon habis terikot sekali. aku masih ingat masa ni akak aku gile tol melayan benda ni, kalo pergi bertandang ke rumah dia dgn menaiki motor yamaha aotulube aku tuu. kompom kena layan benda ni hahahaha. nak   tgok cerita lain pon susah. masa tu umah aku mana ada vcd player. dulu2 guna radio je, alah radio yang ada vc player tu bunyi jangan kata la dentam dentum. tapi rumah aku tak ada radio ni. radio kaset adala. kali terakhir bapak aku beli masa aku tadika. hahaha lama gile beb, sampai sekarang ada lagi radio tu. dah jadi khazanah dalam rumah mak bapak aku.

kalau nak cerita pasal zaman vcd player ni memang syok. dulu bapak aku antara orang pertama yang beli/ada vcr atau video tape. hahaha ingat lagi x?



ala yang guna tape tuu hahaha, dulu masa cite sembilu tengah top perghh.. satu blog datang umah aku nak tgok ni, penuh ruang tamu rumah aku sembilu punye penangan. huhuhu tp sejak keluar vcd player ni, huuh aku lak g umah orang tengok hahaha, bapak aku saje x nak beli benda tuu.

berbalik kepada cerita tadikan, boleh dikatakan pengaruh benda ni amat kuat, bukan di Malaysia je malah kat Indonesia pon ada. xcaya korang g search kat youtube pasal polis nyanyi lagu caiya caiya. hahaha populer terus polis tu. haha tapi bagi aku suke lagi aku tgok cerita tamil dari cerita ni, cerita tamil kurang adegan sedih nya dari cite ni manjang nak nangis je. kalo cerita tamil best asyik bertumbuk je kerjanya. x kire la kat mana, pasar, rumah, tengah padang ke, malah dalam keretapi pon jadi tauu. hebat x hebat la. kalo adegan lari2 turun bukit dan guling2 kat tepi bukit tu kurang la.  

Walau apa pun, benda ni tetap jd kenangan kan. hahaha korang pon mesti ada punye lah kan. ok la sudah pagi mate dah rasanak tutup da, dia pon da lolap agaknye ping2 tak menyaut pon hahaha. apa-apa sebelom tdo kita berDOTA dulu!!! 

p/s aku kaki DOTA tegar!!

Wednesday, 15 February 2012

Suasana dalam perpustakaan.

Angan-angan menjadi kenyataan. Sekali hari ini aku pergi pusat sumber jumpa apa yang aku cerita di bawah tu. he3. Sekali lagi, tengok sahaja tak berani nak tegur. Cool.. Pergila tegur beb, pergilah.. huhhhhh tidak terdaya. Sekali lagi, tiada lagi kuasa berani dan tiada lagu aura kuasa yang dilindungi cinta. Kah3 bengong!! Pemandangan indah di dalam pusat sumber. huh! tak kusangka, cempedak yang ku impikan betik muda yang sampai!! Ha3. 

Rugi aku tak bawak telepon bimbit. Sekali lagi kerugian. Adoiiii. Melepaslah lagi... Tapi tidak apalah, aku masih lagi cool. Tapi yang buat aku pelik sekarang ni kenapa betik2 muda selalu ke pusat sumber? Tidak apa, akan ku kaji lepas ini haha. 

p/s Rajin-rajinlah pergi pusat sumber manalah tauuu kan.. he3

Suka memandang dari menegur.

Biasa buat xkorang? suke sgt memandang dari nak tegor, kenapa ek. kalo aku malu je jawapan aku. hahaha. tp kalo dah tego tau tau je la xmau berhenti nak betego pulak dah, lagi2 kalo tengah dapat idea ek. huhu cool. tp kalo x tego rugi la pulak, bukan jumpe selalu lak tu. penah satu ketika dahulu, di zaman dulu 2005 hahahaha. satu kerugian atau apa aku pon x tau la. ni gara2 iklan sunslik lani, korang ingat x iklan tuu?

                                         kat pusat sumber sini xda la mcm ni, u je kot?

gara2 iklan ni tgah top masa tu, nak jadikan cerita aku pon p la PTAR 1 kt UiTM shah alam. hahaa. masa tu aku lengkap berpakaian formal dgn betali leher logo UiTM lagi, yela baru masuk kan. Masa tu tengah hari, aku nak p beli buku kat koperasi UiTM (masa tu koperasi depan PTAR 1 je. aku x masuk pon koperasi tuu aku duk luar je, tah mcm mana aku kena tinggal ngan membe, dorang masuk aku duk luar, tiba2 jeng jeng jeng!!! ada 3 orang gadis melayu hahahaha depan aku lebihkurang 15 meter la dari aku hahaha sempat aku kire tu. gadis2 tu betol2 depan pintu koperasi. tah mcm mana mata aku tertumpu pada sorang je antara tiga, aku terpaku beb!!! mata aku x berkelip pon, aku tgok je budak tu. dari dia kuar kan duit, gelak2, jeling2 ibu ayam, senyum2(kat aku ke) dan masuk ke koperasi.

aku teruskan pandangan aku tanpa henti. huhuhu aku tak tau la mcm kena rasuk pon ada, aku xleh gerak. masa tu aku berdiri tgah2 jalan lak tuu, sorang alone in the middle of lapangan hahaha... aku teruskan memandang dia, aku x gerak sikit pon dan aku rasa dorang perasan aku tgok dia tuu,tp aku buat bangang je hahahaha, dah mcm patong pon ada. pastu dia masuk n keluar aku tetap pandang dia, dia n the gang tergelak2 aku pon x tau apa yg di gelak. kemudia dia lalu depan aku x jauh beb depan je aku pon terus pandang lagi dia sampai la dia hilang dari pandangan... tu la perempuan yg dapat buat aku "stun'' dalam seumur hidup aku la. tp malangnya tu yang 1st dan terakhir aku jumpa dia, muke pon x ingat da yg aku ingat cume senyuman dia je. agak2 mana dia skang ni ek hahahaha. rugi x tego masa tu, asik pandang je kan?

ohh mana la agak nye gadis misteri tu ek hahahaha. so skang ni da xda. so pasni korang kalo jumpa tego la beb, jgn jadi mcm aku ni. tp skang ni aku pon sama je suke pandang. tp xleh lawan la budak tu hahaha. nak kate malu aku ni memang pemalu hahaha tol x cik sal?? hahaha malu kan aku?? kalo la aku x kenal jgn harap aku nak bukak mulut, payah tol. waaa rasa nak p balik je zaman tuu hahahaha gilo. 

p/s  kenapa aku x snap je gambo dia masa tu ek??? (lupe masa tu hp aku nokia 3310)

Sunday, 12 February 2012

Hidup ini tidak seperti dirancang.

kalau boleh semua yg kita nak kita dapat kan? betol x? tipu la kalo tak.kalo x ko bukan manusia biasa ko adaah sepisis lain, hahahaha. sejak dari kecik kalo kamu ingat, bile xdapat sesuatu mesti kita mengamuk punya la kan, kalo macam aku aku xdapat apa aku nak abis aku wat demontrasi jalanan depan mak aku nak tunjuk protes. hahahaha selagi x dpat apa yang aku nak dan selagi x penat aku akan terus kan. kalo da penat tu pandai2 la aku berhenti. penat beb nangis  ni. aku masih ingat lagi masa aku umo 5 ke 6 tahun, aku ada mintak basikal kat bapak aku. puas la aku buat demontrasi secara BERSIH, buat perangai depan bapak aku yang masa tu tgah khusyuk tgok berita jam 8 malam. 

                                                idaman ku masa budak2 hahahaha


bile aku nye demontrasi secara Bersih x dilayan apa lagi aku wat secara kotor la, mula da main guling2 depan bapak aku, halang2 dia tgok tb, buat2 suara semua la, dan akhirnya setelah penat aku buat aku dapat repond dari bapak aku. respon yang mudah dan amat berkesan masejnya, mudah ringkas dan padat penuh makna tersirat. ZASSSSSSSSSSSS!!!!!! tikar getah keluaran kilang sarung tgan khas untuk bayi dilibas belakang badan aku  sambil bapak aku menyebut ayat ini..''nak beskal nah ini dia besKALLLL.... Zaaaaaaaaaaaaaaas!!!!'' tanpa ku sadari air mata ku mengalir... kerana aku macho masa tu aku tahan dan aku pergi kat abg n akak2 aku di atas rumah, masa tu dorang tgah blaja ABC hihihi, aku duduk la, dengan slamber abg dan kakak2 aku menunjukkan ibu jari tanda ''GOOD'' pada aku. perghhhhhhhhhhhh bikin panas beb. hahah tula antara yang berlaku pada aku bile aku mintak x dapat, aku percaya kamu pon samakan macam aku. tp tu masa kita kecil2 kan. bagaimana pulak masa kita da besar2 ni???

bila kita da besar ni kan, lain pulak yang jadi kan. kita da boleh pk la pasal apa yang kita nak tu kita xdapat. lagi bile kita nak mintak barang2 kat mak ayah kan. kita paham mereka x mampu dan kita mula usaha sendiri untuk dapatkannya. tetapi bila tiba soal hati dan perasaan, susah bagi kita untuk menerimakan, betol x? kadang tu boleh membuatkan sesorang itu hilang kewarasan pemikiran bila kehendak tidak diikuti. ada macam2 yang akan dibuat bila kehendak itu xdapat. tp kadang2 tu boleh mematikan jiwa pon ada. memang susah nak menerimanya kan. biar la semua itu satu mimpi indah dan bukan satu realiti bila ia terjadi kan? 

nak dapatkan sesuatu tu bukan nya mudah, lagi2 bab2 hati dan perasaan ni. kadang2 leh wat kita jadi sasau pon ada. nak wat cemnakan, harap2 jd kenyataan tup2 bederai di tengah jalan ek. hahaha tapi semua tu pengalaman kan, xdahal la. kena la terima dgn cool kan, walaupon ada air mata dalam senyuman.. so kena kuat la kan. cari tetap cari, lawan tetap lawan hahahahahaha. tata!!

Thursday, 9 February 2012

Antara Cinta Dan Kasih

Oh...
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin di wajahku
Mengeringkan air mata
Kau belaian di jiwa


Genggaman erat tangan mu
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau jua pernah dipermainkan
Kini kau ingin aku
Membelai di jiwa


Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka... oh sayangku




p/s Walaupun kau bukan kekasih namun bukan sekadar teman biasa

Oh LANCOME....

Bau dia betol2 menghantui aku selama ni, walaupon aku lama x beli benda ni, tapi bau dia tetap membuatkan aku terasa tenang dan sering kali aku terkesima sebentar. Bau dia sejak akhir2 ni selalu ikot aku. kemana aku pergi mesti akan ada. dan jika aku terbau si LANCOME ni , kepala aku secara automatik akan memandang kiri kanan, nak tgok sapa yang pakai. kire aku dah boleh masak dgn bau ni. hihihi korang pernah try x? mahal beb benda ni 1 botol boleh beli cd game PS3 original tau!!! kire la sendiri berapa, tp sikit je dalam 1 botol.

aku masih boleh ingat bau dia lagi huhu....

masa aku kat kelinik ari tu aku adabau c LANCOME ni, aku tego la org tu, dia macam malu2 pulak bile aku tego dia. aku kata aku cam bau ni, dia tersipu2 lak, aku siap bg tau harga lagi. aku kata mahal ek benda ni. hihihii mesti dia pk mcm na aku tau pasal ni. hahahahaha. lepas tu masa aku beli lauk kat kedai makan, ada gak bau ni, hhuhuhu berhantu betol la. td pon ada.

tp kan siapa yang pakai ni aku rasa ok la. sesuai dgn bau dia. xda la sakit hidung bile baunye. ok. aku pk nak beli satu la. hahahaha tp aku carik2 xda jual la kat sini. last aku beli kat KLIA. 2 botol beb aku beli hahahah syok. tp aku suke gak kalolah ''orang'' tu pakai ni hihihihihi.

p/s laki2 xleh la nak pakai benda ni, tp aku nak gak beli hihihihihii bleh x?



Wednesday, 8 February 2012

Permintaan untuk nak kawin.

Bercerita tentang kawin, bagi yang bujang2 ni kompom ngeri nak dgar kan, soalan2 cepu emas akan ditanya kepada org bujang ni, antaranya ''...bile nak kawin?.." dan ''...ko tak risau ke umor ko dah lanjut tp x kawin lagi..'', ''....mak masa baya ko da ada 3 anak da..'' hihihii antara soalannya. hahaha kompom kan xdapek ak jawab bagi yang bujang dan single2 ni. antara alasan2 yang akan dijawab ialah, tempat ke 5, erm duit x cukup, ke 4 belom serula, ke 3 sibuk xda masa la ke 2 belum ada jodoh/rezeki la dan yang pertama aku xda CALON  lagi leeee, ko ada ke tok aku? hihihihi kan kan. Ramai gak geng2 aku yang dah berkahwin tp ada gak yang belom kawin jugak. hihihi cool kan. 

Ok skang ni kita masuk bab barang2 yang akan dituntut oleh pihak perempuan untuk dia nak bile nak kawin.

1. Rumah di kawasan Bangi.


2. Honda City Putih.

3. Moto Scramler.

4. Melancong ke Paris.

bibik cadangan, kompom kena rejek.(ni contoh je tau)

sekali bibik kena tukarla, xpa kena ikot supaya bahagia rumah tangga kelak. amin

5. BIBIK!!!!! wahhh best!!


6. PS 3. hahaha ni dah ada.


7. Arai Helmet, untuk moto td, Apollo xnak plak ek.


8. Plasma Tv 56 inci!!!


9. Hahhahahaa yang last ni HANTARAN!!! RM12,000


Itulah antara syarat-syarat sah sebelum dapat memiliki ''dia'' hahahahaha, xda hal la boleh punye kalo nak. janji kawin dgn aku ye. hahahahaha. 



p/s huhuhu nak kawin punya pasal Gambang Water Park akan ku renangi huhuhuhu. 
(cerita lain kena sound pasal masuk kelas tanpa kebenaran, adoiiiii)

Tuesday, 7 February 2012

Cerita suatu masa dulu.

Benda ni berlaku tahun lepas. hu3 xdala lama bona. benda yang pertama kali aku buat sampai gigil2. ha3
sengalkan. sebelum ni aku x penah pon,kalo buat pon sensorang jerr he3 tu pon dalam kereta. hahahaha syok beb. tapi hari tu ngan sorang gadis ni. pergi karok ok huhuhu dengan dia. adoiii suke tol aku tang mata dia. BESAR!!

nak jadikan cerita aku g karok ngan diala. 1st time aku karok beb, meloncat2 jantung aku mase tuu mcm nak pitam. masa dia tgah search lagu kat mesen karok tu aku rasa mcm nak lari keluar je dari bilik tu sambil nak jerit mcm ni ''AKU AKU AKU BERTUAHNYA!!!'' haha bengong kan?

yang x boleh buat aku lupa sampai hari ni apabile aku telah melakukan sesuatu di luar jangkaan otak aku ni. adoii!! satu tindakkan spontan yang aku lakukan tanpa berpikir panjang. apa punye sengal la masa tuu aku ni. dia tnye aku ''..beng ko nak lagu apa.. tanpa berpikir panjang aku terus tunjuk kat tb tuu sambil dgn kompiden aku kata ''...aku nak lagu ni...'' terus aku nyanyi dengan penuh perasan dan perasan.

                                  tah mcm mana aku leh ter karok lagu ni masa tuu adoii...

masa aku nyanyi aku boleh perasan yang keliling tempat karok tu tetibe senyap je. lagu aku je yang berkumandang. aku tak pedulik aku nyanyi je la. hu3 hati aku meloncat2 masa tuu..... lepas habis nyanyi muke aku jadi panas secara tetibe. jd merahh waaaaaaaaaaaaa.. malu beb maluuuu.. hahaha tp nak wat cemna dah nyanyi kan bantai je la. dia nyanyi lagu rock2 aku nyayi lagi jiwa2 adoii lari tema beb. dia nyanyi lagu search aku nyanyai lagu exist, dia nyanyi lagu may aku nyanyi lagu siti dan dia nyanyi lagu weezer aku nyayi lagu aerosmith x boleh blahh beb. tapi saat tu la aku x lupa beb.

bile la dapat karok lagi hihihihihi, dah ada senarai lagu ni keh keh keh keh..


p/s menyanyi?? hahhahaha balon je

Balik ke sekolah kembali.

                                 Buku sekolahku menenti disekolah untuk disiapkan adoi..


Perkara yang memang malas aku nak buat tiap kali abis cuti. malasnyaaaaaa..... kerja sekolah bnyak xsiap adoii. huh. layan kan je la. korang mesti bnyak kerja sekolah jugak kan xpon pernah la ada kerja sekolah. tp best gak sekolah balik ni huuhuhu terasa mude walaupon tue hak3.

Macam biasa esok mule la kelas balik, huh. malam ni kanh huru hara la wat kerja. nasib ko la beb..

Kadang-kadang kena berani.

Berani, satu perkataan yang membawa 1 erti yang berbeza-beza dari sudut pandangan manusia. sebut pasal berani ni  bukan semua benda boleh kita berani buat je, kadang2 ada yang x boleh. macam aku ni kalo berani pasal hal2 yg positif tu ok la, masih boleh buat tp ada bab2 yang buat aku x boleh nak berani sgt, daripada dulu lagi ishhhhh.

tetapi, kalo kita x berani dalam satu hal ni pulak kita akan rugi ek... hurmm masalah pulak tuu. kadang2 berani ni biarlah kena pada tempat nye, x mau la main langgar x kena hukumny kan. macam aku ni, aku pernah kehilangan sesuatu yang aku ada dulu gara2 aku x berani. lembab sgat sampai bagi muke. xberani nak bersuara bukan untuk siapa, untuk diri sendiri pun. kerugian nya BESAR!! serik aku.


                                           berani yang macam ni ok x? hahahaha tapi berani ker?

tp kali ni aku rasa nak langgar aku nye prinsip dalam konteks berani. berani buat berani tanggung tu biasa. ni lain. berani cakap berani kehilangan. hohohoho sekurang2nya aku mencube kan. tp tu la mcm biasalah KEPUTUSANNYA, yang buatkan aku goyang. huhuhuu. apa-apa pon kita kena beranikan diri untuk diri kita sendiri kan, kalo tau melepas la kite.. cube berani... eh bukan kena beranikan diri. tapi ingat biarlah pada tempat yang betol. aku boleh berani punye la!!!

Monday, 6 February 2012

Bangun dari jatuh

      Semua orang tidak akan tahu apa akan jadi pada diri sendirikan, dan aku orang yang tidak terkecuali. Nak kata hidup ni indah memangla, tapi kadang-kadang kita akan merungut jugak kan. Almaklumlah kita kan manusia mana pernah puas dengan semua. Tapi apa yang berlaku dalam hidup kita semua ada hikmahnya. Tidak pernah ada yang sia-sia nya. Sikit pun tidak. Hhahaahaha tapi faham-faham sajalah kan, kalau dah nama nya jatuh itu mestilah sakit, lagi-lagi bila hendak bangun balik kan?

    Nak cerita pasal jatuh ni kan, aku pernah gak jatuh. makan masa gak nak bangun balik, tp yang aku pelik bile bangun je aku jadi lain. Tak macam mula-mula aku jatuh. Tapi bagi aku jatuh ni bagus jugak sekurang-kurangnya boleh la berubah kan? Jatuh ni pulak ada banyak, kalau aku, aku pernah jatuh longkang (kepala ke bawah kaki ke atas masa umur 7 tahun cool kan hahaha) jatuh basikal, jatuh tangga dan dihimpap tangga, jatuh tebing depan rumah ala-ala kombet, jatuh motor(di bulan puasa akibat berangan berbuke ngan gadis impian ceh!!!) jatuh pokok rambutan (aku la) dan jatuh yang paling bahaya ialah jatuh hati. PERGHH!!!! sakit beb.

   Tapi apa-apa pun jatuh ni syok jugak, boleh tegelak, meraung, menjerit dan paling best menangis hahaha ni lemah sikit la. Siapa tak pernah jatuh kan, setiap kali jatuh mesti kita tak kan lupa punya la, mcm kata dalam buku novel ni, ''tempat jatuh kan di kenang ini kan pula....'' yang bab ni aku tak boleh nak abis kan terlalu sedihh.. hihihi.

    Tapi dalam banyak-banyak jatuh aku la, jatuh yang aku tak boleh lupa bila aku jatuh depan gadis adoiiii, jatuh malu aku beb. Macam mana boleh x perasan depan ada tangga, huh. nak tau ke cerita nye macam mana hahaha, nanti aku cerita la. Sekali mak aku ajak pergi membeli-belah hahahaha membeli belah tak. Ok. Tata.