Wednesday, 31 October 2012

Untuk Awek Rockers Ku.






Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua?
Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple!

Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke?

Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!!

Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.

Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas!

Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup.

Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu “antara gadis” masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo!

Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah!

Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun!

Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,

Rockersejati

Tuesday, 30 October 2012

Rentetan Cinta Pandang Perasan


Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya...

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...
Ooo...ooo..ooo

Rela ku tunggu
jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...Saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku...
Tak bernyawa lagi...

Saat ini..
Rela ku tunggu
jawapanmu...

Masihkah aku ada
Dihatimu...
saat ini….


p/s penantian suatu penyiksaan..



Monday, 29 October 2012

Cinta Pandang Perasan Satu kebetulan @ Suratan?

       Kali ni aku nak merepek pasal tajuk ini pulak. Ha3. Siapa pernah rasa perkara pelik seperti ini, senyum sensorang!!! Ha3. Ok, Cinta Pandang Perasan!! Ini bahaya untuk diri sendiri tauu. Keh3. Untuk maksud yang boleh aku terangkan dari pandangan aku la, cinta pandang perasan ini macam kita tengok dia, kita dapat rasakan yang dia itu suka pada kita, dari respon dan tingkah laku yang ditunjukkan   olehnya. Haha. 


        Satu contoh yang boleh aku kongsikan di sini, satu cerita yang betol dan di tokok tambah sedikitla. Hihihi. Cerita bermula apabila  kita tgok pompuan atau lelaki itu hati kita berdebar-debar la konon, Tidak boleh hendak berkata-kata, mata tidak boleh bertentangan, dan tersipu-sipu bila berjumpa. Ha3. Dalam kepala kita dah berfikiran macam ini:

"....Wahh adakah dia ni jodoh aku?..."

      Lepas itu, bermula lah siasatan dijalankan. Ha3 Tanpa kita sedari, perasaan cinta perasan dah bermula. Masa itu mula la kita fikir dia jodoh kita, Kalau ngorat tentu dapat. Dan kita akan mula la buat macam ini, bertanyakan soalan2 siasatan. seperti.

"....Awak msg2 dengan saya ni pakwe x marah ke?.." Jawabnya pulak. "...Saya mana ada pakwe laa awak..."

Perghhhh pucuk dicita ulam mendatang, dah naik perasan itu ke tahap 60%!!!


        Maka misi cinta perasan seterusnya dimulakan. Bila dah tahu dia tiada pakwe apa lagi mula la sessi sms-sms ni, tidak kira di mana, dalam opis, tengah kerja, tengah kelas, dalam kuliah mesti sms punya laa. Kedengaran bunyi vibrator telefon bimbit lebih kurang macam ini

"...Buzzzzzzzzzzzzzzzzzz 3kali getarnya.."

      Kawan duduk sebelah tengok dan senyum je. Pernah rasa tak sutuasi macam ini? Ha3. Biasalakan dalam 60% ke 70% proses cinta perasan ni memang saat bahagia. Hah3. Bila sudah bahagia mula la nak curi2 pandang ek. Adoiii.. itu dinamakan panahan cinta pandang perasan.Tepat di hati tapi kosong. Ha3. Sambung balik cerita... ok dah mula sms2 mulala hendak tepon2, Hahaha.

Lagi la bahagia bila apabila soalan-soalan seperti ini di ajukan seperti  ini

"...Awak, xda ke org ngorat awak?..."

Jawab si gadis "...Ada..."

Ah sudah!!! macam mana ni.

Jawab si gadis lagi "...Tapi saya tolak semuanya..."

Dalam hati "...Wow adakah dia tunggu aku????...."

Bermula la lagu ini.. Accidentally in love by Counting Crows (nak donga cari sendiri kat google ok) hari2 layan lagu ni hahaha.




       Apabila merasakan diri semakin dilamun cinta pandang perasan ini, maka tahap peratusan semakin meningkat kepada 80%. Uhu... Langkah seterunya. Mula mengambil hati dan berat sikit terhadap yang disukai itu. Hahaha. Xsalahkan, cuma siapa suruh perasan, kan dah. Tapi masih bahagia lagi. Siang malam terbayang2 tauuu kalau kena cinta pandang perasan ini. Terbawa-bawa ke alam mimpi lagi. Dan apabila seseorang itu tidak dapat lagi menahan hati dan perasaannya, maka beliau akan mula mengatur langkah yang terakhir ini. Jeng jeng jeng!!!! Langkah berterus terang!! Bab ini amat susah sikit, dulu aku pernah buat langkah ini. Amboi bapak segala susah. Tidak terkata2 walaupon 3 ayat yoo.. nak domam, dah belatih siap 'rehearsal' lagi pon sama gakk. ha3.


       Untuk langkah yang terakhir ni, setelah semua kajian dan siasatan yang telah dijalankan mempunyai  respon yang positif, maka mula la sesi melamar.. Wahh  mcm best je kan kah3. Oleh kerana tiada kekuatan hendak berkata di depan mata, maka satu inovasi telah dicipta!!! Mulalah si pencinta perasan ini menggunakan segala kepakaran yang ada untuk membuat alat atau satu medium yang difikirkan dapat membuat si dia ini terpaut. Hahaha xleh blah. Setelah selesai maka di hantar la lamaran itu. Bermula lah satu penantian yang menyiksa. Kan3. Baru nak sampai 100% perasaan itu tapi tak sampai pulak. Rupanya kita sahaja yang perasan. Bertepuk sebelah tangan. Maka percentage yang dari 90% tu turun sampai la ke 50% balik hahaha. 

        Tidak semestinya, apabila seseorang itu baik dengan kita dia suka pada kita, dan tidak semestinya dia segan-segan tu dia rasa suka pada kita. Ha2. Setiap orang ada pilihan masing-masing kan. Oleh itu, tepuk dada tanya selera la. Biar ada perasaan jangan jadi PERASAN. Hihihi.

     Tapi agak-agak kamu la kan, ada ke kelebihan dari cinta pandang perasan ni ekk.. kesian? sedih? gembira? haha fikir-fikirkan la kan. apa-apa pon siasat sebelom terjah!!!!


p/s esok peperiksaan akhir sem 2 doakan saya berjaya yoo. cerita sekadar suka2 je. harap tiada yang terasa. 






Tuesday, 23 October 2012

Sifat kesian kepada orang.

        Hari ni aku nak merepek pasal tajuk ni, haha lama x menulis ek. sifat kesian pada orang x semua orang ada. sesetengah orang je ada. ada salah x ada pon salah. pernah la terjadi, kisahnya begini. biasalah orang baru kenal-kenal kan, kita ni ada yang betul-betul nak berkawan dan ada yang nak tak nak je kan. ada juga orang yang suke sangat menolong orang, x kira apa sekali keaadaannya. kadang tu dia tengah tersepit pon nak tolong juga. 

       Apabila mendengar ataumendapat tahu seorang kawan dalam kesusahan apa yang anda rasa. ada yang rasa simpati sangat-sangat yela pasal dia kawan kita, ada yang rasa ada aku kesah?, ada yang buat tak tau je kan. sebenarnya orang yang perlukan bantuan tu memang perlukan bantuan, haha yela dia sebenarnya bukan pon hendak dibantu pon, tapi dah terdesakkan nak buat mcm na. tapi yang x seronoknya tu, yang suka ambil kesempatan tu. dia dah tau yang orang itu boleh diharap dan apalagi gunakan sebaik mungkin laa haha kan kan betol tak? 

       Bagi orang yang selalu kesian kat orang ni pulak, memang x dapat nak menolak kalau melilat kawan nya itu dalam kesusahan. pantang! lagi-lagi la kalau orang tu orang yang dia suka. hahaha kantoi di situ. sapa suruh ko baik sangat. tp niat nak menolong kan, iye ke? hahahaha. 

       Bagi orang yang ditolong ni, cuba la bertimbang rasa, kalo xdapat nak balas pon hargailah kan, kesian org tu. tapi jangan la ambil kesempatan terus. jangan la pentingkan diri sendiri, orang dah tolong bagai nak rak, ko dah dapat apa yg ko nak, ko lupa kan terus ek. tp terpulang pada masing-masing la. padan muka si penolong dan xboleh pakai si orang yang ditolong. hahaha.

        Biasanya lah apa yang selalu orang mintak tolong apa bila mereka terdesak sangat-sangat. kita tgok ranking la hahahaha. yang selalu orang mintak tolong bila di waktu terdesak... adalah




       TADA!!!!!!!!!!!!!!!! DUIT. ayat-ayat biasa. "..beb aku ada masalah la, aku isk aku isk ala susah la tapi aku perlukan sangat la awal-awal bulan ni kan.." ha biasa x kena dengan ayat-ayat sedih ni hahaha. tak pon mcm ni. "...bro pinjam sikit duit bro, nanti aku bayar balik, sengkek la.." bila nak pulangkan haram, xda maknenye. biasanya orang nak bagi pinjam ni malu nak mintak balik hahaha. ada juga orang yang buat mcm ni. "...ermm sem baru nak mula xlama lagi, i x cukup duit la nak biayai semua, i xnak susahkan family i, macam mana ek.." apa jawab si pemberi? "..em nak pakai berapa?.." hahha kan kan kan. tapikan, bab-bab mcm ni biasa dah berlakukan, dulu aku ada gak pinjam singgit sampai skang aku x bayar lagi kat budak tu, seingat aku masa aku darjah 6 hahaha. nak bagi tp x jumpa dah dia. tempat yang selalu aku pinjam duit ni pulak biasa la dekat bank FAMA. Father n Mother Alliance hahahaha. aku x kire malu ke apa ke tetap pinjam kat mereka, xmau pinjam sama kawan2 pasal kalo x bayar leh jd gado tau, tak kawan terus pon boleh jadi kan. 


      Banyak lagi aku rasa perkara yang selalu orang mintak tolong, macam masa, tugas, awak tolong hantar saya ke sana sini boleh x? awak saya sorang je ni leh jemput saya x? saya x tahu la nak buat awak boleh buatkan x? awak saya kena buat kerja ni, tapi saya x jumpa bahan-bahan dia, awak boleh carikkan x, pastu awak letak dalam folder awak email saya, esok saya kena hantar. perghhh power kan hahahaha. lain kali kita sambung lagi. mau p bersiram dulu ahahahah kelas mau mula. papai!!!



p/s: semua yang aku tulis tu xda kena mengena kepada yang hidup atau yang dah meninggal dunia. tapi semua tu pengalaman hidup. kah3!!