Monday, 21 May 2012

aha bukan sekadar lirik


Lagu yang membuatkan aku tersenyum sendiri. hihi tapi kan hidup ni memang ada kebetulan kan?

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya
Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna


p/s aku suka yang ini ''....kerana aku cinta aku lepaskan ko sama orang lain...''

Tuesday, 15 May 2012

Menunggu Menghitung Hari..


Menghitung hari detik demi detik
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu
jawab cintamu

jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura

jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap denganku
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku

jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura

belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki


p/s pagi yang menewaskan perasaan ku....

Sunday, 13 May 2012

Selamat Hari Mak, sebab aku panggil Ibu aku MAK.

Bila aku teringat mak aku, aku akan menangis. Walaupun tak kuat aku menangis, tapi dalam hati macam ribut hujannaya. Aku hanya ada seorang sahaja emak. Tiada yang lain. Walaupun aku dah besar macam ini, aku tetap perlukan mak aku lagi. Walaupun badan aku besar, aku masih tak boleh lari dari perasaan ini. Sepatutnya sekarang ini masa aku untuk ulang kaji pasal nak peperiksaan esok. Tapi entah mengapa aku rasa macam tak boleh nak belaja kejap. Dari kecik sampai la besar mcm ni, aku tetap nak mak ahahaha, apa-apa hal pon mesti nak ada mak jugak. Kalau balik dari belajar mesti telepon mak suruh masak lauk ayam tak kira la masak apa pon janji ayam hahahaa. Kadang tu mak yang telepon kata balik x minggu ni? hahaha segan dan malu nak jawab pasal mak yang kol dulu. Pernah aku tgok tv dengan mak, al-kuliah, ustaz tu kata macam ni ''....kalau la mak kita yang telepon kita dulu maka jadi anak derhaka la anak itu...'' wow mak kate kat aku, ''...ha dengar tuu, ingat!!..'' hehe aku senyum nampak gigi je.

Teringat pula bila aku sakit, kena migraine, mesti mak kena ada kat sebelah, wajib!! Mintak mak tolong picit-picitkan kepala. Masa tu terasa bahagia dan macam hilang je sakit tuu. Pernah tu, masa putus cinta, mak jugak yang beri semangat!! Hulur duit, suruh baik-baik semula semua mak. Masa tu aku betul macam orang gila, menangis la nak mengamuk la xda mood la semua la, tapi mak rilex je..  Mak pesan laki-laki kena la kuat, kalau nak nangis, nangis la sepuas-puas, aku betol-betol malalak hahahaha.. lawak pon ada bila fikirkan balik. Mana tak nya masa tengah putus tu pergi kerja menangis, balik kampung menangis hahahaha gila la. Akhirnya mak kata macam ni.. ''...tak apa, susah-susah sok mak carikan nak tak? mak da ada calon ni, baik rajin nak tak.." masa tu jiran-jiran pon sama nak tolong carikkan, gila la, jiran-jiran aku pon mak-mak aku jugak pasal aku membesar pon dengan mereka jugak.

Dulu masa dapat sambung belajar mak aku diam je. Masa tu aku dekat pejabat, kerja kerani je JKR. ''...hello, mak orang dapat masuk U!!..'' mak diam je. Rupanya balik je rumah dah ada ayam panggang sekor kat dapo khas buat aku YAHOO!!! Tu cerita 2005 hahaha lama da tapi ayam goreng tetap ayam goreng setiap kali aku balik rumah mesti ada hahaha. Ni bila dapat sambung belajar lagi mak pon gembira sakan. Sekarang sambung belajar duk jauh sikit la dengan mak. hihihi x jauh pon 2 jam perjalanan je dari rumak ke tempat belajar keh3. Tiap minggu mesti balik punya la. 

Dulu aku pernah gak selisih faham dengan mak, beberapa bulan aku x balik rumah. Mak telepon nangis-nangis, tapi masa tu aku tahu mak x tahu apa yang terjadi. Lama jugak nak baik dengan mak aku masa tuu. Kes tahun 2006. Mak telah ditakluk mindanya oleh sesorang. Hampir rosak satu keluarga masa tu. Berkat sabar dan doa akhirnya kembali pulih semua gembira macam selalu. Satu hari aku dapat satu panggilan dari akak aku, macam ni ''.....ei ko balik la, mak da ok da.. tapi memule tu ko rilex2 la dulu. Balik tau!!'' hehe akak aku yang no 3 ko suh balik kata mak da ok. Semuanya pasal kejadian itu aku la yang paling kuat menentang keh3. Masa kat umah aku balik tgok mak muke dia x senyum tapi tetap ok la hahaha. Akhirnya aku tego mak dia pon bagi respond haha. Mak tetap mak!!

Penah aku balik rumah, bawak mak jalan-jalan, mak pernah cakap macam ni. ''....bawak mak pergi beli barang, kau ada ni senang sikit mak nak berbelanja, ayah ko x larat da.. adik ko sibuk kerja.." so aku jd driver mak!!! kemana sahaja akan ku bawak. hihihi. Setelah Setahun aku baik sikit2 dari lembah kekecewaan, mak x pernah tanya aku soal kawin, cuma mak cerita tentang adik aku nak tunang dan jiran aku iaitu kawan aku baru bersalin. Walaupun aku tahu apa yang mak nak sebenarnya tapi aku diam kan sahaja. yang aku pasti aku akan berikan pada mak yang terbaik untuk mak. Tunggu saya ya mak, ada sesuatu nanti untuk mak.

p/s dulu ustazah aku pernah kata mcm ni pada aku. ''...agak-agakla mesti mak kamu rasa puaskan yelaa dapat anak besar macam kamu ni..'' hahaha besar kah aku? 



Bukan Sekadar Lirik


Tinggal Sayang Tinggal Pujaan 

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya

Ooo... sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang

Ooo... sayang inikah balasanmu terhadapku

Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata (kering air mata)
Kesal tetap ada (kesal tetap ada)
Jernih air di muara
Luka tetap ada (luka tetap ada)
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga

Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...


p/s sesekali terkenang, sesekali tersenyum dalam sedih. Adakah masih ada yang setia?


Saturday, 12 May 2012

Aku dan Cita-cita.

Dulu cita-cita nak jadi askar, minat sangat nak jd polis dan suke nak jadi bomba kadang2 nak jadi angkasa awan pun ada pasal selalu tengok bintang. Bila besar askar tetap di hati polis dan bomba, naik sekolah menengah semua hilang mcm tu.. terus xada cita2. Habis F6 jadi kerani timbul cita2 nak jadi bos, so sambung belajar. Masa belajar nak jadi pengurus akhirnya diri x terurus. Lepas belajar xda cita2 kerjar benda lain, dan akhirnya cuba perkara baru dan jatuh cinta. Sekarang kejar cinta yang baru tapi ada tembok besar pulak. Apakah cita2 kamu?  Adakah sentiasa berubah?

Tuesday, 8 May 2012

Roti dan daging hangus

''...kalau aku ada benda ni ok jugak..'' angan-angan dalam hati je tu. ''....kenapala kau kedekut sangat nak beli kan dah terliur bila tengok orang makan.. aduhhhh geram pulak dengan perangai kau ni la..'' luahan si perut. ''...yela-yela aku beli nantii..'' jawab tuan punya perut. ''..berapa ni semua?..'' tanya si pemilik dompet mashimaro putih hitam. ''...38 ringgit encik, aaa ada duit kecik tak, ah tak ada? sekejap ya..'' Casher tanya dia jawab dia jawab, si pemilik dompet anggukkan aja. ''...DUM!!!.'' senyum sikit je sambil tutup pintu peti ais. sesekali tinjau jugak dia dalam tu, ehe geram pon ada, nak je kerjakan tp perut pulak tak bagi singnal lapar, biasanya kalo dia lapar mula la, muka macam orang putus cinta, monyok je, bila lapar mula la. muke haduhh..

p/s ngantuk sambung esok..

Monday, 7 May 2012

Satu Petang bersama Mak

..situasi didalam kereta.. ''...adik kau tahun depan nak bertunang dahh..'' kata mak. ''...hah!!!..'' jawapan balas. ''..aha awek dia lepas blaja suh masuk minang, rumah da ada kerja pon ada, orang dah suka nak buat macam mana..'' ''.......'' sambil garu kepala.. ''...semah dah bersalin anak perempuan nak pergi tengok petang ni...'' kata mak lagi. ''......'' menung terus ke depan....

Tuesday, 1 May 2012

KEJADIAN TENGAH HARI 1 MEI

"Tak balik kampung ke tgok org rumah?" kata makcik tu.. "tak balik pon, bukan ada org rumah pon..." jawapan balas.. "la iyo ko.. lom ada la ni?" makcik menanya lagi.. "aha xdo tengah carik hihihhihi" ..tergelak kecil.. "cam tu jadi menantu acik je la nak?" tawaran dari mak cik tuu.. opps... telan air liur kau!!! Hampir tertutup viser helmet aku.. lawa tu anak dia..