Kenapa perlu bersusah payah demi orang lain aku tanye kau? kesian? simpati? ke konon nak tolong atau nak pikat? najis lembu la... kenapa perlu jadi orang lain demi orang lain? kenapa perlu rasa seperti penyelamat kepada orang lain? adakah kita ni insan terpilih untuk menjadi pembetol kepada seseorang atau orang lain dan kenapa perlu terlalu cepat rasa simpati dan kesian kepada orang lain? najis kerbau la.. dan kenapa orang lain akan rasa hebat bila tgok kita kecundang atau silap dimata mereka? bagus sangat ke kau? hebat? kau xpernah buat salah ke apa? ke kau terlalu suci? air kumbahan betol!! kenapa kau ke aku ke x mahu terima kesalahan yang kita buat sendiri atas sebab kelalaian, cuai, lemah, atau kau dan aku memang x pandai? hina sangat ke kita ni bila buat salah, dan jika salahnya itu tidak disengajakan, atau sebab-sebab terjadi tanpa kerelaan diri? siapa kita nak menghukum? adakah kita ini sentiasa betol? tak pernah buat salah sikit pon, rasa kita ni hebat wal hal masa susah org yang lemah kita cari!! bila dah senang nak tegur pon susah. walaupon dunia dah maju tapi lebih maju tahap kesombongannya itu, tinggi melangit!! kita jangan la sesekali lupa, kita ni perlukan bantuan orang lain untuk berjaya, xdapat derrr nak buat soarang-sorang lagi kalau sedang ditimpa masalah. siapa yang kau carik? siapa yang ko harapkan? dan siapa yang kau perlukan diasaat itu? dia lah, seorang kawan yang tarafnya hina diamata kau saat kau dalam keadaan gembira dan senang!! adakah kau ingat lagi apa yang dia pernah bantu atau tolong kau satu ketika dahulu. ini buakan nak dikatakan sebagai mengungkit, tapi kau faham-faham la. kita hidup, kita berkawan dan kita berinteraksi dengan orang sekeliling. semua ada hati dan perasaan. semua mesti perlukan pertolongan. apa salahnnya kalau kita hargai apa yang telah di bantu oleh kawan ini? atau di pandangan mata kau yang kawan ini adalah org yang hina ketika kamu senang?
tiba-tiba aku rasa menyampah!!
ramai orang kata, dunia ni umpama roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. bila di atas tu sangat-sangat seronok x ingat apa pon yang di bawah, macam kita naik lif d Menara Kuala Lumpur, masa kita naik tuu perghhh!!! best seronok beriya-iya. tp bila dah sampai atas ada kita ingat yg di bawah, kita cuma tengok org2 yang di bawah hanya menggunakan teropong je kan. kecik je kita tgok orang bila kita berada di atas kan? betol x? sama la mcm dalam hidup ni, bila sudah senang hidup dah berpangkat besar, xkan di padang orang biasa ini. kerdil, kecik dan tiada apa kesan pon jika golongan ini tiada. tapi kau sudah lupe kan. hahaha, apa yang aku nak cakap di sini, macam mana pon bantuan orang itu atau sekecil mana pon sumbangan seseorang itu tolong la hargai. kesilapan itu berlaku di mana-mana sahaja. semua orang buat silap, ada silap yang boleh di maafkan dan ada yang tidak. terpulang, kau siapa pulak nak pertikaian dia perlu maafkan atau tidak!! dan yang paling hairan kenapa kita perlu berubah demi orang lain, jadilah diri kita sendiri. perbaiki diri jika ada kekurangan. tapitak perlulah rasa menyesal kan, anggap la ia satu amal yang kita pernah buat, ingat ke hargai ke tu terpulang kan. tp pesanan keras, 1 je orang sabar sentiasa akan menang!!
p/s JANGAN MASA SUSAH BARU NAK CARIK KAWAN, JANGAN JD BANGSAT!!!

well said my pren ;)
ReplyDelete