Saturday, 22 September 2012
Apa yang kita nak tak semestinya dapat.
Satu perkataan yang dapat melambangkan semua isi hati. Pahit itu gula, manis itu garam.
Monday, 16 July 2012
Ayam oh Ayam
Satu pagi di hari itu
''...Hello, assalamualaikum, balik umah x esok?.." Tanya mak aku.
"...Allo, waalaikumusalam, x balik la mak ada hal sabtu ni hihihihihi..'' Jawab aku sambil main dota hahaha.
''...Oh ingatkan balik, akak ko nak tumpang balik tu..'' kata mak.
''..Oho xdapat la mak, minggu depan baru orang balik, hari ni mak masak apa?..'' Aku tanya dengan perasaan ingin tahu.
''..X masak pon..'' Balas mak, tapi aku dapat dapat rasa mak tgah tersengeh hihih
''..La mana leh x masak hari ni hari jadi orang tauu. hehehe..'' Kata aku.
''..Hehe yaka ok la tata..'' Balas mak.
Ahad malam.
Sms.. ''Aku dekat depan rumah ko..'' dari akak aku.
''Yo!! haha lama ke kat luar? sapa aku.
"Baru sampai ni, ni ayah suruh ko betolkan kereta, ayah bagi duit sikit ni.'' kata abang ipar.
''Brek ko tu dah jauh sangat ko pi la betolkan nanti, ni pokok manggakan, hihi mintak sebiji?'' kata akak aku.
''Aha, membe aku dah balut tu, ko rembat je, wahh ada bekal mak bagi ek?'' tanya aku dengan penuh rasa lapar.
''Aha mak kirim'' akak aku jawab sambil dia buka bekal tu. ''Wahhh banyak nye ayam...!!! mintak 1!!" sambung akak aku lagi.
''Isk xpayah la tu kan dia punye sibuk je..'' abang ipar aku sampuk.
Aku senyum je. dalam hati aku wahh ayam masak sambal. Terima
kasih mak.
Lepas tu akak aku pon balik, apa
lagi aku hahah kenduri la aku malam ni hahaha. Ayam sambal yahooo.Masa makan
aku sensorang, tengah syok makan tetiba, ada orang bagi salam. aku pk kawan aku
datang jadi aku pon buat bodoh je. Aku tunggu dia masuk tp x masuk-masuk pulak.
nampak mcm ada org lalu lalang depan cermin rumah, aku pon p la bukak pintu,
tengok-tengok xda orang. ALAMAK!! Aku buat cool jela. Malam tu mendapat laa,
mimpi ngeri waduhhh penangan gambar ni la. Sekali senyum dengan aku
la dalam mimpi huhu seram. Kes masih di siasat.
Friday, 22 June 2012
Sukar Untuk Menerima
ada apa dengan pelangi itu?
hati dan perasaan
dan ada sesuatu yang sedang muncul
disebalik awan hitam
yang penuh tanda tanya
walaupon tidak pernah terjawab persoalannya
cuma kadang kala ia sebagai penyeri keadaan
bagaikan memujuk hati yang sedang lemas oleh darah merah
walau pon tidak pernah kulihat hati ku
tp ku percaya ia telah tercalar
kerana hati ku telah berjaya di tipu oleh akal ku
supaya kulupa bahawa dia telah berpunya
ku biarkan ia terpadam sendiri
walaupon agak tegar sehingga ku jumpa cinta yang baru
Oh DOTA, ku sungguh merindui mu!!! nantikan kepulangan ku kah3
boleh pulak aku nye intenet kena turun kelajuan dari mbps ke kbps whOaaaa xdapat aku nak berDOTA lagi wahhhhh tidakkkk....
Monday, 21 May 2012
aha bukan sekadar lirik
Lagu yang membuatkan aku tersenyum sendiri. hihi tapi kan hidup ni memang ada kebetulan kan?
Memang aku ini anak
orang miskin
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
tiada apa-apa yg dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
Aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bha kau itu banyak yg tergoda
lagi orang kaya
Chorus
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
tiada keretaku bawa ko jalan-jalan
rumahku pun teda ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak
suka sama kamu
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain
tapi aku takut hidup ko kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan ko sama
orang lain
Engkau masih muda
cantik lagi menawan
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna
janganlah ko cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti ko menyesal tiadalah guna
Tuesday, 15 May 2012
Menunggu Menghitung Hari..
Menghitung hari detik
demi detik
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu
jawab cintamu
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap denganku
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu
jawab cintamu
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
jangan pergi dari cintaku
biar saja tetap denganku
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku
jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu
bukan pura-pura
belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki
p/s pagi yang menewaskan perasaan ku....
Sunday, 13 May 2012
Selamat Hari Mak, sebab aku panggil Ibu aku MAK.
Bila aku teringat mak aku, aku akan menangis. Walaupun tak kuat aku menangis, tapi dalam hati macam ribut hujannaya. Aku hanya ada seorang sahaja emak. Tiada yang lain. Walaupun aku dah besar macam ini, aku tetap perlukan mak aku lagi. Walaupun badan aku besar, aku masih tak boleh lari dari perasaan ini. Sepatutnya sekarang ini masa aku untuk ulang kaji pasal nak peperiksaan esok. Tapi entah mengapa aku rasa macam tak boleh nak belaja kejap. Dari kecik sampai la besar mcm ni, aku tetap nak mak ahahaha, apa-apa hal pon mesti nak ada mak jugak. Kalau balik dari belajar mesti telepon mak suruh masak lauk ayam tak kira la masak apa pon janji ayam hahahaa. Kadang tu mak yang telepon kata balik x minggu ni? hahaha segan dan malu nak jawab pasal mak yang kol dulu. Pernah aku tgok tv dengan mak, al-kuliah, ustaz tu kata macam ni ''....kalau la mak kita yang telepon kita dulu maka jadi anak derhaka la anak itu...'' wow mak kate kat aku, ''...ha dengar tuu, ingat!!..'' hehe aku senyum nampak gigi je.
Teringat pula bila aku sakit, kena migraine, mesti mak kena ada kat sebelah, wajib!! Mintak mak tolong picit-picitkan kepala. Masa tu terasa bahagia dan macam hilang je sakit tuu. Pernah tu, masa putus cinta, mak jugak yang beri semangat!! Hulur duit, suruh baik-baik semula semua mak. Masa tu aku betul macam orang gila, menangis la nak mengamuk la xda mood la semua la, tapi mak rilex je.. Mak pesan laki-laki kena la kuat, kalau nak nangis, nangis la sepuas-puas, aku betol-betol malalak hahahaha.. lawak pon ada bila fikirkan balik. Mana tak nya masa tengah putus tu pergi kerja menangis, balik kampung menangis hahahaha gila la. Akhirnya mak kata macam ni.. ''...tak apa, susah-susah sok mak carikan nak tak? mak da ada calon ni, baik rajin nak tak.." masa tu jiran-jiran pon sama nak tolong carikkan, gila la, jiran-jiran aku pon mak-mak aku jugak pasal aku membesar pon dengan mereka jugak.
Dulu masa dapat sambung belajar mak aku diam je. Masa tu aku dekat pejabat, kerja kerani je JKR. ''...hello, mak orang dapat masuk U!!..'' mak diam je. Rupanya balik je rumah dah ada ayam panggang sekor kat dapo khas buat aku YAHOO!!! Tu cerita 2005 hahaha lama da tapi ayam goreng tetap ayam goreng setiap kali aku balik rumah mesti ada hahaha. Ni bila dapat sambung belajar lagi mak pon gembira sakan. Sekarang sambung belajar duk jauh sikit la dengan mak. hihihi x jauh pon 2 jam perjalanan je dari rumak ke tempat belajar keh3. Tiap minggu mesti balik punya la.
Dulu aku pernah gak selisih faham dengan mak, beberapa bulan aku x balik rumah. Mak telepon nangis-nangis, tapi masa tu aku tahu mak x tahu apa yang terjadi. Lama jugak nak baik dengan mak aku masa tuu. Kes tahun 2006. Mak telah ditakluk mindanya oleh sesorang. Hampir rosak satu keluarga masa tu. Berkat sabar dan doa akhirnya kembali pulih semua gembira macam selalu. Satu hari aku dapat satu panggilan dari akak aku, macam ni ''.....ei ko balik la, mak da ok da.. tapi memule tu ko rilex2 la dulu. Balik tau!!'' hehe akak aku yang no 3 ko suh balik kata mak da ok. Semuanya pasal kejadian itu aku la yang paling kuat menentang keh3. Masa kat umah aku balik tgok mak muke dia x senyum tapi tetap ok la hahaha. Akhirnya aku tego mak dia pon bagi respond haha. Mak tetap mak!!
Penah aku balik rumah, bawak mak jalan-jalan, mak pernah cakap macam ni. ''....bawak mak pergi beli barang, kau ada ni senang sikit mak nak berbelanja, ayah ko x larat da.. adik ko sibuk kerja.." so aku jd driver mak!!! kemana sahaja akan ku bawak. hihihi. Setelah Setahun aku baik sikit2 dari lembah kekecewaan, mak x pernah tanya aku soal kawin, cuma mak cerita tentang adik aku nak tunang dan jiran aku iaitu kawan aku baru bersalin. Walaupun aku tahu apa yang mak nak sebenarnya tapi aku diam kan sahaja. yang aku pasti aku akan berikan pada mak yang terbaik untuk mak. Tunggu saya ya mak, ada sesuatu nanti untuk mak.
p/s dulu ustazah aku pernah kata mcm ni pada aku. ''...agak-agakla mesti mak kamu rasa puaskan yelaa dapat anak besar macam kamu ni..'' hahaha besar kah aku?
Bukan Sekadar Lirik
Tinggal Sayang Tinggal Pujaan
Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa
Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya
Ooo... sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang
Ooo... sayang inikah balasanmu terhadapku
Seorang insan yang amat menyintai dirimu
Kering airmata (kering air mata)
Kesal tetap ada (kesal tetap ada)
Jernih air di muara
Luka tetap ada (luka tetap ada)
Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga
Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...
p/s sesekali terkenang, sesekali tersenyum dalam sedih. Adakah masih ada yang setia?
Subscribe to:
Posts (Atom)
