Saturday, 12 May 2012

Aku dan Cita-cita.

Dulu cita-cita nak jadi askar, minat sangat nak jd polis dan suke nak jadi bomba kadang2 nak jadi angkasa awan pun ada pasal selalu tengok bintang. Bila besar askar tetap di hati polis dan bomba, naik sekolah menengah semua hilang mcm tu.. terus xada cita2. Habis F6 jadi kerani timbul cita2 nak jadi bos, so sambung belajar. Masa belajar nak jadi pengurus akhirnya diri x terurus. Lepas belajar xda cita2 kerjar benda lain, dan akhirnya cuba perkara baru dan jatuh cinta. Sekarang kejar cinta yang baru tapi ada tembok besar pulak. Apakah cita2 kamu?  Adakah sentiasa berubah?

Tuesday, 8 May 2012

Roti dan daging hangus

''...kalau aku ada benda ni ok jugak..'' angan-angan dalam hati je tu. ''....kenapala kau kedekut sangat nak beli kan dah terliur bila tengok orang makan.. aduhhhh geram pulak dengan perangai kau ni la..'' luahan si perut. ''...yela-yela aku beli nantii..'' jawab tuan punya perut. ''..berapa ni semua?..'' tanya si pemilik dompet mashimaro putih hitam. ''...38 ringgit encik, aaa ada duit kecik tak, ah tak ada? sekejap ya..'' Casher tanya dia jawab dia jawab, si pemilik dompet anggukkan aja. ''...DUM!!!.'' senyum sikit je sambil tutup pintu peti ais. sesekali tinjau jugak dia dalam tu, ehe geram pon ada, nak je kerjakan tp perut pulak tak bagi singnal lapar, biasanya kalo dia lapar mula la, muka macam orang putus cinta, monyok je, bila lapar mula la. muke haduhh..

p/s ngantuk sambung esok..

Monday, 7 May 2012

Satu Petang bersama Mak

..situasi didalam kereta.. ''...adik kau tahun depan nak bertunang dahh..'' kata mak. ''...hah!!!..'' jawapan balas. ''..aha awek dia lepas blaja suh masuk minang, rumah da ada kerja pon ada, orang dah suka nak buat macam mana..'' ''.......'' sambil garu kepala.. ''...semah dah bersalin anak perempuan nak pergi tengok petang ni...'' kata mak lagi. ''......'' menung terus ke depan....

Tuesday, 1 May 2012

KEJADIAN TENGAH HARI 1 MEI

"Tak balik kampung ke tgok org rumah?" kata makcik tu.. "tak balik pon, bukan ada org rumah pon..." jawapan balas.. "la iyo ko.. lom ada la ni?" makcik menanya lagi.. "aha xdo tengah carik hihihhihi" ..tergelak kecil.. "cam tu jadi menantu acik je la nak?" tawaran dari mak cik tuu.. opps... telan air liur kau!!! Hampir tertutup viser helmet aku.. lawa tu anak dia..


Thursday, 26 April 2012

dari sekolah rendah sampai sekarang kenapa aku ada perasaan ni..

0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 adalah nombor. hanya nombor, nombor jer... nombor nombor nombor... danbile dicampur-campur dengan masalah jadilah MATEMATIK, permasalah MATEMATIK... dari nombor jadi masalah kemudian selesaikan, nombor je bukan raksakse mata mereh, kuntilanak ke, gondorowo ke atau samseng penggal kepala,ia cuma NOMBOR yang ada masalah... tp kenapa perlu... wahhh ia hanya nombor.

Wednesday, 18 April 2012

Bermain Bahasa


Ombak berlagu riang membadai pantai mengubah suasana, terkadang kuat terkadang kelam sang angin terus menghembus tanpa kenal erti penat walaupon aku siang sudah keletihan menunggu si malam ombak dan pantai tetap dengan kerjanya ku biarkan mereka dengan kerjanya walaupon aku akan jadi buta di malam harrii.. gelap!!Tidak nampak tapi masih boleh mendengar, tidak tahu tapi masih boleh merasa. Tunggu siang muncul kembali pasti akan ku nampak apa yang terlindung dalam gelap.
Walaupon merah warnanya sama, bentuk sama sudut tiada. walaupon sama tetapi berlainan, sekali tersentuh selamanya tercalar. 
Bermain bahasa berbudi bicara menyusun kata melambai mesra, mengguna bahasa kiasa biasa, kerana bahasa senjata rahsia kah3



Wednesday, 4 April 2012

Mintak tangguh sehari lagi.. ehe!

Macam biasa kerja tetap tak siap lagi, tapi sempat lagi menconteng kat sini, ahak!! 3 minggu yang memenatkan fizikal dan mental, pasal banyak sangat berfikir. huh! hari ni pagi dah hujan tidur memang sedap, tapi malang bagi aku kena bangun awal pasal ada kerja sekolah tak siap. adoii, balasan lambat-lambat kan kerja padan muke jiran sebelah ni keh3 tak memasal je ek. pasal post sebelum ni hahahaha masa tu jiwa kacau pasal kerja sekolah tak siap-siap!! nak tidur pon susah nak makan pon terlebih selera adoii.. 

Cerita pasal si pelkadot merah jambu berhelmet arai moto LC135 tu kan, hihihi bile la boleh jumpa lagi ek. uhu.. last jumpa tak dapat nak tenung lama-lama pasal segan kah3. berbalik kepada yang realiti, aku ni tak siap lagi kerja sekolah ni, wahahaha ya puan saya mintak tangguh satu hari lagi yaa, kompom esok pagi saya hantar yang terbaikk punya!!!! 

p/s nanti aku sambung merepek lagi keh3.. mana dia ni..